Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengertian Iman Kepada Allah yang Wajib diketahui oleh Seluruh Muslim

Pengertian Iman Kepada Allah yang Wajib diketahui oleh Seluruh Muslim
Maksud beriman kepada Allah: Iktikad yang benar ialah mengakui bahawa Allah adalah Tuhan bagi segala sesuatu (yang ada), Dialah yang menguasainya (memilikinya) dan menciptakannya. Dia adalah satu satunya Zat yang berhak disembah, sama ada yang berkaitan dengan solat, puasa, berdoa, berharap, takut,  rendah diri, patuh dan pasrah. Hanya Dia yang patut disifatkan dengan sifat-sifat kesempurnaan dan suci dari segala kelemahan.

Diriwayatkan daripada Muadz bin Jabal r.a. katanya: Aku pernah mengekori Nabi SAW. dalam satu perjalanan dan aku berada di belakang baginda. Baginda memanggil: "Wahai Muadz!" Saya kemudian menyahut: "Saya, ya Rasulullah." Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi:

"Wahai Muadz!” Aku menyahut: "Saya, ya Rasulullah." Kami meneruskan perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: "Wahai Muadz!” Aku menyahut. "Saya, ya Rasulullah. Baginda bersabda: "Tahukah kamu kewajiban manusia terhadap Allah?" Aku  menjawab: "Allah dan rasulNyalah yang lebih mengetahui. "

Baginda bersabda: Kewajiban manusia terhadap Allah ialah mengabdikan diri kepadaNya dan tidak menyekutukanNya. Kami meneruskan lagi perjalanan. Beberapa detik kemudian baginda memanggil lagi: "Wahai Muadz!” Aku menyahut: "Saya, ya Rasulullah." Rasulul SAW. Bersabda: "Tahukah engkau apakah kewajiban Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di ataş?" Aku menjawab: "Allah dan rasulNyalah yang lebih mengetahui.” Baginda bersabda: "Allah tidak akan menyksa mereka. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Post a Comment for "Pengertian Iman Kepada Allah yang Wajib diketahui oleh Seluruh Muslim"